Pages

Sunday, June 23, 2013

APA ITU LITAR KAWALAN TURUTAN?



Litar Kawalan Turutan
Litar kawalan turutan adalah susunan kawalan pengguna bermula daripada unit pemotong ( fius perkhidmatan dan link neutral), jangka kilowatt jam, suis utama pemutus litar arus bocor ke bumi, atau pemutus litar arus baki dan kotak agihan.




KENALI SISTEM FASA TUNGGAL 2 DAWAI

Sistem Fasa Tunggal 2 Dawai

Seperti mana yang dipaparkan diatas, gambar tersebut menunjukkan bagaimana sistem fasa tunggal 2 dawai diambil daripada sistem fasa 4 dawai.  Bagi mendapatkan sistem fasa  2 dawai, tiap-tiap fasa akan dipasangkan dengan dawai neutral.

Kawalan litar bagi sistem fasa tunggal 2 dawai ini terdiri daripada dua jenis bekalan iaitu:

(a)  Bekalan 2 dawai dengan punca negatif dibumikan.

(b)  Bekalan 2 dawai dengan punca negatif tidak berbumi.

Kedua-dua jenis bekalan ini ialah 240V, 50Hz






PUNCA BERLAKU RENJATAN ELEKTRIK


Pengalaman terkena renjatan elektrik merupakan detik ngeri bagi seseorang individu. Apatah lagi individu yang bekerja dengan  pemasangan elektrikal yang sentiasa terdedah dengan risiko renjatan elektrik.

Tahukah anda apa punca sebenar berlakunya renjatan elektrik?

Renjatan elektrik boleh dikenalpasti daripada beberapa aspek salah satunya ialah kecuaian individu itu sendiri. Ini kerana pekerjaan yang dilakukan tanpa tumpuan yang sepenuhnya akan mengakibatkan risiko terdedah kepada renjatan elektrik adalah tinggi.


Kadaran arus bagi renjatan elektrik yang melebihi 50mA keatas boleh memberhentikan denyutan jantung serta merta dan mengakibatkan kematian. Oleh demikian, pastikan kawasan yang terdedah kepada bahaya renjatan elektrik diletak tanda amaran.

Renjatan Elektrik


“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya…”